‘Anda ikhlaskan diri, kami ikhlaskan segalanya’

‘Anda ikhlaskan diri, kami ikhlaskan segalanya’

MOHAMAD Hasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO sentiasa membuka ruang kepada usaha penyatuan bangsa Melayu merentas parti dan ideologi, namun kerjasama itu mestilah berlandaskan keikhlasan serta kepentingan strategik politik Melayu Islam.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, parti itu tidak akan membiarkan dirinya dipermainkan sekali lagi dalam agenda perpaduan Melayu Islam selepas melalui pengalaman pahit sebelum ini.

“Tidak pernah sekalipun UMNO menutup ruang untuk kesatuan bangsa Melayu dilaksanakan rentas parti dan ideologi.

“Percayalah, jika sesiapa juga yang datang kepada UMNO dan menggagaskan kesatuan Melayu, UMNO akan menyambutnya dengan berlapang dada. Tetapi kerjasama itu mestilah ada kejelasannya,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini hari ini.

Menurut Mohamad, usaha penyatuan Melayu mestilah dianjurkan dengan niat yang ikhlas dan tidak dilakukan secara bermusim atau mengambil kesempatan terhadap kekuatan mahupun kelemahan UMNO.

“Pertama, ia mestilah dianjurkan dengan niat yang ikhlas, bersandarkan kepentingan strategik politik Melayu Islam. Bukan berjeda dan terputus-putus. Bukan bermusim dan bukan sama sekali untuk mengambil kesempatan atas kekuatan atau kelemahan UMNO,” katanya.

Mohamad berkata, UMNO pernah melalui pengalaman apabila usaha penyatuan politik Melayu Islam dipermainkan, justeru parti itu kini lebih berhati-hati dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama.

“UMNO pernah dipermainkan dalam politik perpaduan Melayu Islam ini.”Kita tidak akan lupa pengalaman pahit itu. Justeru UMNO tidak akan membiarkan ia diperbudakkan lagi.

“Kerana itu UMNO amat berhati-hati. UMNO tidak mahu pengalaman buruk itu berulang lagi.

“Pendirian UMNO sangat jelas. Anda ikhlaskan diri, kami juga akan ikhlaskan segalanya, insha Allah. Justeru, penyatuan politik Melayu itu boleh berlaku pada bila-bila masa, dalam apa jua keadaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×