Tiga sayap perlu peka fokus presiden dalam taklimat tertutup

Tiga sayap perlu peka fokus presiden dalam taklimat tertutup

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga sayap UMNO perlu mengambil isyarat dan hala tuju jelas daripada ucapan presiden parti mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, UMNO perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh parti, termasuk mewujudkan penyatuan dalam kalangan ahli.

Katanya, tindakan itu selaras dengan fokus yang disampaikan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam taklimat tertutup mengenai persiapan parti menghadapi PRU akan datang.

“Saya tengok gelombang biru ini menjadi gelombang yang menjadi satu kenyataan. Tetapi yang lebih adalah ahli parti perlu mewujudkan penyatuan dan meletakkan fokus seperti yang disebut Presiden parti tadi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat tertutup Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di sini hari ini.

Azalina turut berkata, presiden parti turut menyentuh mengenai soal keputusan parti dan keperluan menyerahkan perkara-perkara berkaitan kerjasama serta pembahagian kerusi kepada kepimpinan tertinggi.

Katanya, perkara tersebut termasuk membabitkan penentuan kerusi bersama rakan gabungan bagi menghadapi pilihan raya.

“Yang Amat Berhormat Presiden pun menyebut tentang keputusan-keputusan parti ini, kita kena letakkan kepada pihak atasan parti untuk menentukan kerusi bersama rakan-rakan bagi pilihan raya.

“Dan kita pun mengakui negeri dengan pusat itu berlainan. Itu sahajalah pesanan daripada beliau,” katanya.

Katanya, setiap sayap parti mempunyai peranan tersendiri dalam memastikan mesej dan hala tuju kepimpinan dapat diterjemahkan di semua peringkat.

“Saya harap sayap-sayap akan dapat mengambil ‘cue’ daripada Yang Amat Berhormat Presiden melalui ucapan beliau,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×