KKM teruskan Perkhidmatan Doktor Udara di pedalaman 

KKM teruskan Perkhidmatan Doktor Udara di pedalaman 

DR. DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan perkhidmatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) bagi memastikan liputan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman. 

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata,  tiada keperluan perkhidmatan yang disediakan Kementerian Kesihatan  itu dihentikan buat masa ini. 

Malah katanya, segala aspek keselamatan dan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan FDS akan dipatuhi dan diperkasa dari semasa ke semasa. 

“Kita akan teruskan perkhidmatan FDS. Tiada keperluan ia dihentikan dan  ia perkhidmatan berterusan.

“Ia liputan kesihatan sejagat, ” katanya dalam sidang akhbar khas berhubung insiden helikopter perkhidmatan FDS yang terhempas di sini hari ini. 

Juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram di Sarawak, petang semalam, disahkan meninggal dunia.

Residen Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri, Galong Luang, mengesahkan kesemua lima individu yang berada di dalam helikopter berkenaan maut dalam kejadian yang berlaku di hujung landasan itu, kira-kira jam 3.40 petang tadi.

Sebagai rekod l, FDS yang diperkenalkan di Sarawak pada 1973 menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti di kawasan terpencil dan sukar diakses.

Terdapat 97 lokaliti yang memerlukan khidmat FDS, meliputi kawasan pedalaman di Kapit, Miri dan Limbang yang kebanyakannya masih sukar diakses serta jauh daripada jaringan jalan raya.

Dalam pada itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr. Mahathar Abd. Wahab berkata, aspek keselamatan helikopter di bawah bidang agensi lain. 

“Di Peringkat KKM, kita akan ambil maklum dan input segala perkara berkaitan dalam aspek keselamatan daripada agensi berkaitan. 

” Daripada situ kita akan buat keputusan berkaitan operasi keselamatan termasuk operasi helikopter berkenaan, “ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×