Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan, saya tetap akan tidur dengan tenang - Syamim Farid - Utusan Malaysia

Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan, saya tetap akan tidur dengan tenang – Syamim Farid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Toh Puan Syamim Farid enggan mengambil pusing dengan komen atau tanggapan orang ramai terhadap dirinya.

Menurut Syamim, segelintir individu begitu mudah memberikan komen seolah-olah mereka begitu maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan.

“Lucu apabila melihat orang meninggalkan komen seolah-olah mereka itu sempurna. Cakaplah apa sahaja yang mahu diperkatakan. Orang akan sentiasa ada sesuatu untuk dikatakan,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Enggan segala tanggapan negatif meninggalkan kesan terhadap emosi dan mentalnya, Syamim tidak mahu terlalu memikirkan penilaian, andaian mahupun perbandingan yang dibuat orang lain terhadap dirinya.

“Anda boleh bercakap, menghakimi, membuat andaian atau membandingkan. Apa sahaja yang membuatkan anda tidur lebih lena pada waktu malam. Saya tetap akan tidur dengan tenang,” tegasnya.

Bagaimanapun, Syamim tidak memperincikan sama ada luahan tersebut ditujukan kepada mana-mana individu atau berkaitan isu tertentu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×