Pembesar Memerintah N. Sembilan dedah surat ditandatangani MB

Pembesar Memerintah N. Sembilan dedah surat ditandatangani MB

MAAROF Mat Rashad menunjukkan surat ditandatangani Ismail Lasim mengesahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz di Seremban, Negeri Sembilan malam tadi.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembesar Memerintah Negeri Sembilan, Undang Yang Empat mendedahkan surat yang ditandatangani Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim bagi mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. 

 Pendedahan itu dibuat pada sidang akhbar semalam yang dihadiri Undang Luak Jelebu, Datuk Maarof Mat Rashad; Undang Luak Johol, Datuk Muhammed Abdullah dan Undang Luak Rembau, Abdul Rahim Yasin.

Maarof berkata, memandangkan semua prosedur telah dipenuhi, pihaknya berharap promakalasi itu akan dilaksanakan serta-merta.  

 “Undang Yang Empat Negeri Sembilan pada malam ini bertarikh 8 September 2026 ingin membuat penegasan bahawa Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir hendaklah berkuasa serta merta berhenti menjalankan fungsi kuasa kedaulatan sebagai Yang di-Pertuan Besar  Negeri Sembilan 

“Sukacita dimaklumkan bahawa Datuk Ismail Lasim pada 3 Ogos lalu telah datang menghadap Raja Pemerintah Negeri Sembilan yang sah menurut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, Tuanku Nadzaruddin Ibni Almarhum Tuanku Ja’afar serta Pembesar Pemerintah Negeri Sembilan,” katanya.

Menurutnya, pada majlis menghadap itu, Ismail telah menandatangani mengesahkan perurunan takhta Tuanku Muhriz.

Pada 5 September lalu, Undang Yang Empat mendedahkan proklamasi berkaitan penurunan takhta Tuanku Muhriz yang didakwa telah ditandatangani oleh Ismail.

Pada hari yang sama, Ismail menzahirkan sokongan penuh dan taat setia kepada Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Katanya, beliau mengambil maklum kenyataan media yang dibuat oleh Undang Yang Empat.

“Apa jua pandangan Undang Yang Empat adalah hak mereka,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×