Nasib juruterbang dan empat penumpang helikopter belum diketahui

Nasib juruterbang dan empat penumpang helikopter belum diketahui

SEBUAH helikopter milik Kementerian Kesihatan dipercayai terhempas di di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, Sarawak.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SARAWAK: Juruterbang dan empat penumpang helikopter BO-105 yang terhempas dan terbakar sepenuhnya di kawasan Lapangan Terbang Long Lellang, Marudi, petang ini, sudah dikenal pasti.

Difahamkan, lima individu terbabit ialah Kapten Zainol, Dr. Ainul, PPP Alexson Adit, SN Debra Moset dan SN Jessie Paya.

Bagaimanapun, status kesemua individu berkenaan masih belum dapat disahkan setakat ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu, pasukan penyelamat dan perubatan dilaporkan tiba di lokasi pada pukul 3.46 petang bagi menjalankan operasi menyelamat.

Laporan awal memaklumkan helikopter berkenaan terbakar sepenuhnya selepas terhempas.

Usaha memadam kebakaran masih dijalankan pasukan bomba lapangan terbang, manakala operasi mencari dan menyelamat digerakkan bagi mengesan lima individu yang dipercayai berada di dalam helikopter berkenaan.

Terdapat kemungkinan mangsa sempat menyelamatkan diri atau terkeluar dari helikopter sebelum ia terhempas, namun perkara itu masih dalam siasatan.

Kawasan kejadian turut dikawal bagi memastikan keselamatan serta memudahkan pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Perkembangan lanjut berhubung kejadian dan status lima individu terbabit masih dinantikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×