Pakistan benam Malaysia 5-2

Pakistan benam Malaysia 5-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki remaja lelaki negara terpaksa akur dengan kehebatan Pakistan apabila tewas 2-5 dalam aksi Kumpulan B Piala Asia Remaja 2026 di Moqi, China, hari ini.

Kekalahan itu bermakna skuad kendalian Nor Saiful Zaini Nasiruddin berdepan misi wajib menang bertemu tuan rumah, China, esok dalam misi memburu slot ke peringkat separuh akhir kejohanan.

Dalam aksi tersebut, Malaysia terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi pukulan penalti Muhammad Safwan Salihe pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, Pakistan bangkit menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti Nadeem Khan pada minit ke-32 sebelum Rana Abdul Rana Sami meletakkan Pakistan di depan 2-1 menerusi gol padang empat minit kemudian.

Pakistan terus mengukuhkan kedudukan apabila Waleed Rana menjaringkan dua gol berturut-turut pada minit ke-39 dan ke-40.

Hamza Ali kemudian menambah derita Malaysia dengan gol padang pada minit ke-41 untuk menjadikan kedudukan 5-1 memihak Pakistan.

Malaysia bagaimanapun tidak berputus asa dan berjaya memperoleh gol kedua menerusi pukulan sudut penalti Dheeressh Gunaseelan pada minit ke-54. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×