Roslan Shah sebak satukan Sajat dan ibu - Utusan Malaysia

Roslan Shah sebak satukan Sajat dan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selebriti dan pengacara asal Singapura, Roslan Shah, meluahkan rasa sebak apabila berjaya mempertemukan pempengaruh, Nur Sajat dengan ibunya, Maimon Omar, selepas enam tahun terpisah.

Roslan Shah, 56, berkata, pertemuan itu cukup menyentuh hati apabila melihat seorang ibu akhirnya dapat memeluk anak yang sudah lama tidak ditemui.

“Sebak Cik Lan tadi apabila seorang ibu memeluk seorang anak dah lama tak bertemu dengan Sajat.

“Cik Lan menjemput ibunya di Larkin, Johor Bahru sampai dari Rembau jam 4 pagi bersama pembantu Cik Lan, Fian terus masuk ke Singapura. Kita doakan yang baik-baik saja ya,” katanya menerusi satu hantaran di Threads miliknya.

Selain berkongsi kisah itu di Threads, Cik Lan turut memuat naik video pertemuan tersebut di Instagram dan TikTok, hari ini.

Untuk rekod, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 41, menetap di Australia sejak 2021 selepas meninggalkan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×