Trump ancam sekat penjualan pesawat Bombardier buatan Kanada - Utusan Malaysia

Trump ancam sekat penjualan pesawat Bombardier buatan Kanada

GAMBAR fail sebuah pesawat Bombardier. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada Isnin mengancam untuk menyekat penjualan pesawat keluaran pengeluar Kanada, Bombardier, di Amerika Syarikat (AS).

Namun, sekatan tersebut tidak akan dilakukan  melainkan syarikat itu membina pesawatnya di AS, selain menyifatkan peruntukan perdagangan dua hala sebagai tidak adil dan tidak saksama ketika beliau meningkatkan perang tarif dengan Kanada.

Kenyataan bernada marah yang dibuat di media sosial itu merupakan langkah kedua yang mengejutkan daripada Trump  terhadap pengeluar berkenaan pada tahun ini. 

Ribuan pesawat Bombardier kini beroperasi dalam ‘armada’ penerbangan domestik syarikat penerbangan AS.

“Tiada lagi penjualan Bombardier di Amerika.

“Produk mereka tidak cukup bagus. Lebih 50 peratus daripada hasil pendapatan mereka datang dari Amerika.

“Mereka bergantung hidup kepada pembeli, syarikat, lapangan terbang dan perkhidmatan Amerika. 

“Pada masa yang sama Kanada menyekat bank dan syarikat hebat Amerika kami di seluruh U.S.A (AS).

“Mereka malah menyekat Gulfstream Aerospace (syarikat pengeluar pesawat) daripada menjalankan perniagaan di Kanada. Ini amat tidak adil dan tidak wajar! Era itu sudah berakhir! Jika mereka mahukan pasaran kami, mereka mesti membinanya di sini dan berhenti melayan Amerika seperti ‘tabung ayam’. 

“Beli produk Amerika. Terbang dengan syarikat penerbangan Amerika,” tulisnya di Truth Social. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×