Tiada isu dua kanak-kanak sertai pendakian

Tiada isu dua kanak-kanak sertai pendakian

Mohd Alwi Zainal Abidin (tengah) menghadiri sidang media di IPD Kerian hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Tiada isu berhubung kehadiran dua kanak-kanak dalam pendakian merentas tiga puncak gunung di Hulu Perak pada 3 September lalu kerana keluarga terbabit mempunyai permit untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, namun pihaknya akan merakam keterangan keenam-enam pendaki bagi melengkapkan dokumentasi susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas mereka gagal keluar mengikut jadual.

“Dia sebenarnya tak ada isu benda ini sebab dia ada permit. Dalam permit itu memang dimasukkan butir-butir berkaitan dengan keluarga mereka. Dia ada permitlah,” katanya ketika ditemui pemberita hari dalam Sidang Media di IPD Kerian hari ini.

Semalam, operasi SAR digerakkan selepas keenam-enam pendaki terbabit gagal keluar mengikut jadual di Pos Kemar pada 3 September lalu selepas mereka dilaporkan memulakan pendakian merentas tiga puncak gunung iaitu Gerah, Bilah dan Bieh (Trans GGB) pada 29 Ogos lalu.

Keenam-enam pendaki itu ialah dua malim gunung, Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, serta empat sekeluarga iaitu Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, isterinya, Siti Zulaiha Norizan, 39, dan dua anak mereka, Diya Raisha, 13, serta Ahmad Raef, 9.

Menurut Alwi, rakaman keterangan itu adalah sebahagian daripada dokumentasi susulan SAR yang digerakkan bagi mengesan kesemua pendaki terbabit.

Menurut beliau, kesemua mereka turut akan dibawa ke klinik bagi menjalani pemeriksaan serta dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.

“Mereka akan dibawa ke klinik untuk dokumentasi. Lepas itu mungkin kita akan benarkan mereka balik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×