Ibu bapa dibenarkan tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu

Ibu bapa dibenarkan tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang jerebu

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu bapa yang bimbang terhadap kesihatan anak susulan keadaan jerebu ketika ini dibenarkan untuk tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, tindakan berkaitan pengoperasian sekolah ketika jerebu dibuat berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjadi rujukan rasmi.

“Jika bimbang akan kesihatan anak, ibu bapa dibenarkan tidak menghantar mereka ke sekolah dengan memaklumkan pihak sekolah,” katanya.

Menurut beliau, apabila bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan manakala sekolah akan ditutup sekiranya bacaan IPU melebihi 200.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memantau bacaan IPU dan keadaan semasa dari semasa ke semasa, khususnya di kawasan yang terjejas akibat jerebu.

“Saya faham kebimbangan ibu bapa melihat keadaan jerebu ketika ini.

“Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil,” katanya.

Semakan di portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) tengah hari ini , Samarahan dan Serian, Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat, iaitu masing-masing 236 dan 233.

Selain itu, sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 25 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan satu kawasan pada tahap baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×