Malaysia layak ke Piala Asia B-20

Malaysia layak ke Piala Asia B-20

AKSI Malaysia berdepan Laos di .-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Bawah 19 (B-19) kebangsaan kendalian Shukor Adan yang layak ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China pada tahun depan.

Skuad negara layak selepas menutup kempen Kelayakan Piala Asia B-20 dengan kemenangan 2-1 ke atas Laos di Stadium Nasional Lao KM16 di Vientiane.

Kemenangan sulung daripada tiga aksi dalam Kumpulan H itu meletakkan skuad ubi muda negara sebagai salah satu daripada tujuh pasukan naib juara terbaik.

Malaysia di kedudukan kedua dengan lima mata, manakala Indonesia muncul juara Kumpulan H dengan tujuh mata sekali gus menempah tiket ke China tahun depan.

Sementara Australia berputih mata gagal mempertahankan kejuaraan selepas tersingkir apabila sekadar menduduki tangga ketiga Kumpulan H dengan empat mata.

Dalam aksi di Stadium Nasional Lao KM16 di Vientiane, Haziq Aziz Ahyok Abdul Qayyum meletakkan Malaysia di depan pada minit ketujuh, namun anak buah shukor cemas apabila odin Siphanit menyamakan kedudukan pada minti ke-60.

Fadhlul Hadi Zulkarnain muncul penyelamat apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-76 untuk membawa Malaysia ke pusingan akhir Piala Asia B-20 di China pada tahun depan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×