SHAH ALAM: Langkah pelakon, Katy Azean dalam program Kilauan Emas Selebriti nyaris terhenti apabila beliau diumumkan peserta tercorot pada konsert minggu ketiga yang berlangsung di MBSA.
Katy mendapat markah tercorot, sekaligus nyaris tersingkir di minggu ketiga.
Zila Bakarin pada konsert yang sama berjaya menambat hati juri sekaligus mengungguli kedudukan pertama, menundukkan kesepuluh peserta lain.
Zila turut dipilih sebagai emas berkilau of the week, menyumbangkan RM2000 diberikan kepada pelakon komedi lagenda, sathiya.
Konsert ketiga Kilauan Emas Selebriti menampilkan penyanyi, Naqiu sebagai juri jemputan manakala Datuk Yusry Abdul Halim dan Jihan Miskin sebagai juri tetap.
Perjalanan sembilan peserta diteruskan minggu hadapan bagi merebut kejuaraan mingguan.- UTUSAN










