Ketahanan bateri 'taruhan' pengeluar telefon pintar masa kini

Ketahanan bateri ‘taruhan’ pengeluar telefon pintar masa kini

PELAKON Aedy Ashraf pada majlis memperkenalkan Vivo V80 Lite 5G di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persaingan dalam syarikat pengeluar telefon pintar kini bukan hanya tertumpu pada pengeluaran model telefon yang sofistikated dan futuristik.

Sebaliknya, ia juga fokus kepada penghasilan bateri telefon yang mempunyai ketahanan dan jangka hayat lebih lama.

Telefon dengan ciri bateri yang mempunyai ketahanan dan jangka hayat lebih lama dikatakan antara faktor utama tarikan pengguna ketika ini.

Menyedari perkara tersebut, Vivo Malaysia memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, Vivo V80 Lite 5G dengan ketahanan bateri yang mampu menyahut cabaran berkenaan.

Ia menggabungkan bateri BlueVolt berkapasiti besar 10,000mAh dengan kuasa stabil sehingga 45 celcius.

Vivo berkata, keupayaan itu turut dibuktikan di peringkat global apabila peranti berkenaan mendapat pengiktirafan Guinness World Records bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama dengan tempoh mengagumkan selama 32 jam 37 minit.

“Bateri ini menggunakan teknologi anod silikon generasi keempat dan Magic Cube Battery Packaging daripada Vivo, menawarkan sehingga 16 jam penggunaan intensif sambil mengekalkan reka bentuk yang nipis dan selesa untuk digunakan.

“Bagi mengekalkan prestasi optimum ketika melakukan aktiviti yang mencabar, peranti ini turut dilengkapi dengan Sistem Penyejukan 3 Ultra Large VC yang membantu memastikan peranti kekal sejuk walaupun digunakan di bawah panas matahari,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebagai ciri tambahan, Vivo V80 Lite 5G akan mula memperkenalkan teknologi Extended RAM.

Teknologi itu direalisasikan melalui pengoptimuman perisian untuk memberikan pengalaman multitugas yang lebih lancar serta prestasi keseluruhan yang dipertingkatkan.

Selain itu katanya, fungsi Reverse Charging membolehkan vivo V80 Lite 5G berfungsi sebagai bank kuasa mudah alih. Ia membolehkan pengguna mengecas peranti lain seperti fon telinga stereo tanpa wayar (TWS) ketika dalam perjalanan.

Ketahanan jangka panjang pula menjadi fokus utama dalam pembangunan bateri itu, dengan algoritma pengecasan yang dibangunkan sendiri serta sistem perlindungan enam lapisan yang berfungsi secara berterusan bagi membantu mengekalkan kesihatan bateri

“Teknologi ini memastikan bateri kekal dalam keadaan optimum untuk menyokong prestasi sepanjang hari dengan kapasiti bateri dikekalkan pada sekurang-kurangnya 80 peratus walaupun selepas enam tahun penggunaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×