PETALING JAYA: Jenama makanan produk berkualiti untuk seisi keluarga, Ayam Brand memperluaskan rangkaian Ayam Brand Ayam Carik dengan pengenalan tiga perisa baharu iaitu Sos Teriyaki, Sos Gochujang Korea Pedas dan Lada Hitam.
Penambahan tersebut merupakan penambahan kepada dua perisa sedia ada.
Ketua Jualan Ayam Brand, Loke Wing Hoong berkata, setiap perisa hadir dengan keunikan tersendiri, dengan Ayam Carik Sos Teriyaki menawarkan gabungan rasa manis dan savuri yang sesuai dinikmati bersama nasi, mi dan roti.
Katanya, manakala Ayam Carik Sos Gochujang Korea Pedas menampilkan cita rasa Korea dengan sentuhan pedas yang menyelerakan.
“Ayam Carik Lada Hitam menggunakan lada hitam dari Sarawak yang terkenal dengan aroma dan rasanya yang lebih terserlah, memberikan sentuhan berempah kepada hidangan harian. Ayam Carik merupakan inovasi terbaharu daripada syarikat bagi membolehkan penyediaan hidangan yang lebih mudah buat pengguna.
“Sesuai dimakan bersama nasi dan roti, ia juga boleh dimakan terus dari tin dan merupakan penyelesaian sempurna kepada gaya hidup yang sibuk hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelancaran rasmi rangkaian Baharu Ayam Carik di Jaya Grocer, Sunway Pyramid itu dibuat bersempena siri jelajah Ayam Brand selama enam hari dari 1 hingga 6 September 2026.
Sepanjang tempoh tersebut, pengunjung berpeluang mencuba produk baharu ini menerusi sesi pensampelan produk, selain menyertai aktiviti interaktif dan beroleh ganjaran pembelian eksklusif.
Bagi pembelian RM20 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, pelanggan akan menerima beg makan tengah hari eksklusif Ayam Brand secara percuma.
Selain itu, bagi mereka mereka yang berbelanja RM30 dan ke atas, termasuk sekurang-kurangnya satu tin Ayam Carik Ayam Brand, akan menerima beg dan berpeluang menyertai cabaran untuk memenangi hadiah menarik. – UTUSAN










