Penubuhan RCI 'mafia korporat' keperluan mendesak - Pas - Utusan Malaysia

Penubuhan RCI ‘mafia korporat’ keperluan mendesak – Pas

TAKIYUDDIN Hassan semasa sidang akhbar Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putuk), Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan mafia korporat perlu disegerakan kerana isu berkenaan bukan sahaja dirasai rakyat, malah turut menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemain industri korporat sendiri.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila sesebuah syarikat didakwa tiba-tiba diambil alih pihak lain dalam keadaan yang tidak normal dan bersifat bermusuhan.

“Ya, kita rasa itu satu keperluan mendesak kerana ia bukan sahaja dirasai oleh orang biasa tetapi oleh pemain-pemain industri dalam dunia korporat itu sendiri.

“Mereka tidak puas hati. Bagaimana, sebagai contoh yang diberikan oleh pembahas kita tadi, tiba-tiba syarikat itu di-encrose atau diambil oleh orang lain dalam keadaan yang bukan biasa, ini tidak normal dan bersifat bermusuhan dalam keadaan begitu,” katanya dalam sidang akhbar sempen Muktamar Tahunan Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, keputusan berkenaan mencerminkan keperluan untuk menangani isu yang bukan sahaja membabitkan kepentingan rakyat biasa tetapi turut dirasai pemain industri korporat.

Pada 12 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilapor akan menggunakan semua instrumen perundangan bagi menjalankan siasatan terhadap individu yang terlibat dalam dakwaan kewujudan ‘mafia korporat’ termasuk mereka yang berada di luar negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, proses siasatan kes berkenaan berjalan lancar dengan polis mengambil keterangan daripada mana-mana individu yang dipercayai mempunyai kaitan. – utusan

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×