Warga emas 74 tahun hilang di Subang Jaya - Utusan Malaysia

Warga emas 74 tahun hilang di Subang Jaya

SAM AAAH MOOI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang wanita warga emas berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang di Subang Jaya sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan wanita warga emas berbangsa cina berkenaan pada hari berikutnya kira-kira pukul 2.30 pagi.

“Wanita bernama Sam Aah Mooi itu kali terakhir dilihat keluar dari rumah beralamat di Rhythm Avenue, Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya.

“Kejadian itu berlaku sekitar pukul 2.30 petang, 31 Ogos, dengan wanita berkenaan dilihat memakai blaus bercorak hitam putih.

“Dia turut memakai seluar pendek berwarna cerah ketika kali terakhir dilihat keluar dari rumah berkenaan, menurut makluman orang hilang dikeluarkan polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, wanita itu mempunyai ketinggian 141 sentimeter, berat 27 kilogram, kulit kuning langsat dan rambut putih pendek paras bahu.

Katanya, wanita berkenaan mempunyai hidung kemek, mata kecil, mulut nipis serta kedua-dua tangannya mempunyai kulit kering akibat alahan.

“Orang ramai yang melihat wanita berkenaan diminta tampil atau menyalurkan maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100, manakala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×