SEOUL: Pelakon, Lee Jong Suk akhirnya menarik diri daripada membintangi drama Iseop’s Romance.
Memetik kenyataan agensi ACE Factory perkara itu disebabkan jadual penggambaran yang bercanggah dengan jadual kerja pelakon berkenaan.
”Sejak awal Jong Suk telah memberikan komitmen untuk membintangi drama tersebut. Namun jadual penggambaran yang bercanggah dan menyukarkan beliau untuk hadir ke set penggambaran.
”Selepas perbincangan dilakukan, kami sepakat bahawa Jong Suk tidak akan membintangi projek ini,” katanya agensi tersebut.
ACE Factory dalam kenyataan sama memaklumkan meskipun Jong Suk menarik diri, mereka akan memberi kerjasama agar drama tersebut dapat disempurnakan dengan baik.
Drama diadaptasi dari novel dalam talian popular itu mengisahkan percintaan antara Tae I Seop, generasi ketiga pewaris kekayaan dengan Kang Ming Gyeong.-UTUSAN










