Bincang baik-baik - PM

Bincang baik-baik – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Penutupan Rasmi MyDrone Expo 2026 di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kementerian Kewangan dinasihatkan menyelesaikan isu berkaitan peruntukan Projek Jalan Luar Bandar (JALB) secara baik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, juga meminta Kementerian Kewangan dan KKDW berbincang untuk mencari penyelesaian bagi isu kelewatan pembayaran kepada kontraktor yang kini menjadi isu antara kedua-dua kementerian.

“Kita bincang secara baik. Saya minta kementerian bincang, dua-dua kementerian dengan baik,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bukit Indah, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu dilaporkan menzahirkan rasa tidak berpuas hati apabila sebilangan kontraktor sudah melaksanakan kerja di bawah KKDW dan mencapai kemajuan ditetapkan mengikut kontrak pembangunan, termasuk projek Jalan Luar Bandar (JALB), tetapi berdepan kelewatan bayaran daripada kerajaan.

Keadaan itu, katanya, memberi kesan lebih besar apabila kontraktor berdepan masalah aliran tunai, termasuk ada yang terpaksa menutup operasi, selain disaman pembekal bahan dan subkontraktor.

Susulan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican menerusi maklum balasnya menegaskan, tiada sebarang sekatan dikenakan Kementerian Kewangan ke atas peruntukan KKDW bagi projek jalan luar bandar.

Katanya, semua dana diperuntukkan bagi KKDW sudah disalurkan sepenuhnya dan kekangan proses pembayaran kontraktor ketika ini disebabkan dana berkenaan sudah dibelanjakan sepenuhnya.

Beliau berkata, Kementerian Kewangan juga sudah meluluskan peruntukan tambahan RM300 juta bagi membantu menyelesaikan tunggakan bayaran kepada kontraktor.

Semalam, KKDW dalam kenyataan berkata, peruntujan bagi projek JALB perlu mengambil kira dua faktor iaitu projek baru diluluskan dan yang sedang berjalan, setiap tahun.

Katanya, berdasarkan komitmen semasa, keperluan peruntukan dianggarkan sekitar RM4 bilion setahun bagi memastikan pelaksanaan setiap projek dapat diteruskan secara teratur dan mengikut jadual. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×