Helikopter tentera Russia habis minyak mendarat cemas di lebuh raya - Utusan Malaysia

Helikopter tentera Russia habis minyak mendarat cemas di lebuh raya

SEBUAH helikopter tentera mendarat cemas di lebuh raya. - Facebook
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Sebuah helikopter Mi-8 yang dikendalikan oleh tentera Russia melakukan pendaratan cemas di sebuah lebuh raya awam di Pulau Sakhalin  selepas dilaporkan kehabisan bahan api kelmarin. 

Menurut Fighter-bomber, sebuah saluran yang mempunyai kaitan dengan penerbangan tentera Russia, helikopter berkenaan sedang dalam perjalanan pulang selepas melakukan penerbangan bagi mengatur pengundian awal di kawasan yang sukar diakses.

Namun,  ia mula kehila­ngan altitud dengan mendadak ketika menghampiri lapangan terbang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Fighter-bom­ber, helikopter ten­tera itu kehabisan bahan api sepenuhnya, menyebabkan kedua-dua enjinnya gagal berfungsi.

Rakaman tambahan dari lokasi kejadian menunjukkan Mi-8 berkenaan berada di tepi lebuh raya  selepas melakukan pendaratan keras

Juruterbang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di lebuh raya itu, yang dilaporkan kira-kira 5 kilometer dari pangkalan udara tempat helikopter ber­kenaan sepatutnya mendarat.

Insiden berkenaan berlaku di daerah Dolinsky dalam wilayah Sakhalin. 

Pesawat itu membawa wakil suruhanjaya pilihan raya daerah tempatan, empat wartawan te­levisyen dan tiga anak kapal. 

Kesemua penumpang dan anak kapal dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan seperti lebam serta calar.

Satu siasatan lanjut dilakukan  bagi mengenal pasti punca utama mengapa helikopter pe­ngangkut tentera berkenaan boleh kehabisan bahan api semasa penerbangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini