Duit syiling ‘emas’ wajah Trump dapat sambutan hingga laman web lumpuh
 - Utusan Malaysia

Duit syiling ‘emas’ wajah Trump dapat sambutan hingga laman web lumpuh


DUIT syiling AS$1 yang mempunyai wajah Donald Trump. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) pada Rabu mengeluarkan syiling AS$1 (RMRM4.04) keemasan yang memaparkan wajah Presiden Donald Trump, dalam langkah terbaharu kempen luar biasa bilionair Republikan itu untuk meninggalkan ‘cap’ peribadinya terhadap institusi-institusi negara.

Syiling berkenaan ditempa bagi memperingati ulang tahun ke-250 penubuhan AS yang di­sambut tahun ini.

Ia kemudian mencetuskan kesesakan luar biasa di perkhidmatan agensi kerajaan AS yang menempa duit syiling, US Mint.

Memuatkan artikel berkaitan…

Situasi itu berlaku selepas limpahan pembeli melumpuhkan laman web agensi tersebut dan menyebabkan ribuan pe­langgan terperangkap dalam sistem giliran maya.

Meskipun tidak diedarkan secara meluas untuk pasaran awam, duit syiling yang ditempa di Philadelphia itu adalah  sah dan boleh digunakan.

Kerajaan AS menjual duit syi­ling tersebut dalam bentuk pakej koleksi mengandungi 25 atau 100 keping bagi setiap beg, dengan julat harga antara AS$61 (RM246) hingga AS$154 (RM622). 

Setiap keping duit syiling itu dijual pada harga kadar keuntu­ngan melebihi 50 pera­tus daripada nilai muka asalnya.

Pembeli dalam talian terpaksa menunggu melebihi sejam semata-mata untuk mendapatkan akses ke halaman web US Mint bagi membuat pembelian.

Pelancaran duit syiling itu menyumbang kemenangan simbolik kepada Trump selepas pentadbiran beliau mendesak supaya wajahnya diabadikan pada mata wang AS. 

Dasar itu sekali gus memecah tradisi ratusan tahun yang me­larang wajah tokoh yang masih hidup ‘dipamerkan’ pada mata wang AS. 

Walaupun kelihatan berkilat, duit syiling itu sebenarnya tidak me­ngan­dungi sebarang logam emas, sebaliknya diperbuat daripada campuran tembaga, nikel dan mangan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini