Israel sedia serang Iran besar-besaran - Utusan Malaysia

Israel sedia serang Iran besar-besaran

ISRAEL KATZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Pertahanan Israel pada Rabu berkata bahawa negaranya bersedia bertindak balas dengan kekuatan besar sekiranya diserang Iran, selepas Teheran menyasarkan kedudukan tentera Amerika Syarikat (AS)  di seluruh rantau itu.

Israel Katz berkata, tentera Israel bersedia menghadapi kemungkinan serangan ketika musim cuti utama masyarakat Yahudi, yang bermula pada pertengahan September.

“Buat masa ini, mereka menyerang di seluruh rantau kecuali kami,” katanya pada satu persidangan anjuran laman berita Israel Ynet dan akhbar Yedioth Ahronoth.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Namun, ada kemungkinan mereka akan menyerang kami. Kami bersedia untuk menghadapinya dari segi pertahanan,” ujarnya

Jika Iran menyerang, Israel akan bertindak balas dengan kekuatan besar, tanpa bergantung kepada mana-mana pihak lain, kata Katz.

Beliau menambah bahawa pesawat  tenteranya sudah bersedia untuk berlepas.

Israel melancarkan perang di Asia Barat bersama AS  pada akhir Februari, tetapi tidak lagi terlibat secara ketenteraan sejak Presiden Donald Trump memeterai perjanjian gencatan senjata pada April -walaupun gencatan senjata itu kemudian gagal bertahan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini