Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik selepas pegang tiang lampu

Remaja lelaki maut terkena renjatan elektrik selepas pegang tiang lampu

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang remaja lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika memegang sebatang tiang lampu di Taman Pancaran, Bestari Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor SUPT Azaharudin Tajuddin pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian menimpa mangsa berusia 15 tahun itu, kira-kira 10.32 malam.

“Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima panggilan, memaklumkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dan disyaki meninggal dunia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang berehat ketika bermain futsal di taman perumahan itu, sebelum memegang tiang lampu yang dipercayai mempunyai arus elektrik hingga menyebabkan dia rebah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azaharudin berkata pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah selain kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR).

“Remaja itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Proses bedah siasat telah dijalankan dan punca kematian adalah konsisten dengan renjatan elektrik,” katanya.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor, menerusi talian 03-32891222 atau balai polis berhampiran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini