Peruntukan tambahan untuk bantu pesawah hadapi El Nino

Peruntukan tambahan untuk bantu pesawah hadapi El Nino

TENGKU Ahmad Badli Shah (dua kiri) bersama Azaddin Abdul Aziz (empat dari kanan) ketika bertukar dokumen memorandum persefahaman (MoU) yang turut disaksikan oleh Mohamad Sabu pada pelancaran rasmi Hari Perdagangan MAHA 2026 di MAEPS Serdang di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sedang memohon peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2027 yang bakal dibentangkan pada 9 Oktober ini bagi membantu pesawah mendepani fenomena El Nino.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, permohonan peruntukan tambahan itu akan digunakan untuk meningkatkan daya tahan tanaman, termasuk melalui penyediaan baja, peralatan dan langkah-langkah lain bagi membantu petani menghadapi kemarau berpanjangan serta cuaca panas melampau

“Pada kali ini, khususnya dalam menghadapi El Niño, kita telah meminta kerajaan bersedia untuk menyediakan peruntukan tambahan bagi menangani keadaan kemarau dan cuaca panas yang tidak menentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mungkin perlu menyediakan baja atau peralatan untuk meningkatkan daya tahan tanaman dan sebagainya. Oleh itu, peruntukan tambahan diperlukan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani 14 Memorandum Persefahaman (MoU) pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, KPKM turut telah membincangkan permohonan tersebut dengan Kementerian Kewangan, susulan senarai cadangan yang disediakan oleh ketua setiausahanya.

Jelasnya, terdapat persetujuan pada prinsipnya untuk meningkatkan peruntukan kementerian, khususnya bagi memperkukuh persediaan menghadapi ketidaktentuan global serta kesan El Niño yang dijangka lebih kuat pada tahun depan.

“Permohonan kementerian masih dalam proses. Biasanya, menjelang Ogos, belanjawan sudah sebahagian besarnya dimuktamadkan, namun lazimnya terdapat beberapa pelarasan terakhir sebelum ia dicetak,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini