Lebih 10 buah jentolak 'turun padang' meriahkan sambutan Merdeka

Lebih 10 buah jentolak ‘turun padang’ meriahkan sambutan Merdeka

PERARAKAN jentolak memberi kelainan kepada sambutan Hari Kebangsaan peringkat DUN Chetok, Pasir Mas, Kelantan hari ini-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Sambutan Hari Kebangsaan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok tahun ini unik apabila lebih 10 buah jentolak dan dua buah lori menjayakan dalam perarakan sempena sambutan kemerdekaan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok, Zuraidin Abdullah berkata, perarakan julung kali menggunakan kenderaan berat itu hasil cetusan idea Persatuan Penduduk Kampung Kangkong yang mendapat kerjasama penuh dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kangkong.

“Kebetulan pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Kangkong merupakan seorang usahawan lombong pasir dan mempunyai jentera-jentera tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, secara simboliknya, terhasillah cadangan untuk mengadakan perarakan yang agak unik menggunakan jentera berat dan lori,” katanya kepada pemberita selepas perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini.

Zuraidin memberitahu, keunikan perarakan itu sekali gus menyuntik kelainan dalam sambutan Hari Kebangsaan di kawasan berkenaan.

Karanya, selain itu ia selain mencerminkan kreativiti masyarakat setempat dalam menyemarakkan semangat patriotisme.

“Kita turut anjurkan aktiviti sampingan seperti sukaneka bagi memeriahkan sambutan hari kemerdekaan negara,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini