Tasik baharu terbentuk akibat tanah runtuh di China

Tasik baharu terbentuk akibat tanah runtuh di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah tasik baharu terbentuk di Tibet selepas kejadian tanah runtuh berlaku di hilir tasik empangan sedia ada, lapor media kerajaan China.

China Central Television (CCTV) melaporkan dron pemantauan mengesan kejadian tanah runtuh pada Sabtu, yang kemudiannya menyebabkan serpihan membentuk halangan baharu dan sebuah tasik sekatan baharu.

Anggota penyelamat China berhampiran pelabuhan sempadan Tibet yang dilanda tanah runtuh itu dilaporkan segera dipindahkan ke lokasi selamat.

Tanah runtuh itu dilaporkan berlaku kira-kira 2.8 kilometer di hilir tasik sekatan di Sungai Pruqpu Qiang Zangbu.

Kementerian Pengurusan Kecemasan China segera mengumpulkan pakar untuk menilai keadaan, manakala pasukan penyelamat berhampiran Pelabuhan Gyirong dipindahkan ke lokasi selamat, lapor CCTV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×