Kerajaan negeri jalin kerjasama dengan agensi swasta hadapi cabaran global

Kerajaan negeri jalin kerjasama dengan agensi swasta hadapi cabaran global

AMIRUDIN Shari beramah mesra bersama penduduk Gombak ketika merasmikan Program Aspirasi Anak Muda Nasional (NANBA) Generasi Muda : Pewaris Kemerdekaan, Peneraju Madani di SMK Sungai Pusu, Gombak.UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Kerajaan Negeri Selangor akan terus mempergiatkan kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi bagi memastikan bantuan dan sokongan dapat disalurkan kepada rakyat terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi global yang semakin mencabar.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerjasama erat antara agensi kerajaan, jawatankuasa serta kakitangan yang terlibat adalah penting bagi memastikan program-program bantuan dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

“Kita yang bertanggungjawab perlu memastikan kebajikan rakyat sentiasa diutamakan. Kerjasama antara agensi dan institusi ini bukanlah sekali sahaja tetapi perlu diperkukuhkan secara berterusan,” katanya di majlis perasmian Program Aspirasi Anak Muda Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak hari ini.

Amirudin berkata, setiap langkah yang diambil oleh kerajaan bukan sekadar bertujuan memudahkan urusan perniagaan dan pendidikan rakyat malah memastikan tiada golongan yang ketinggalan dalam menikmati kemajuan pembangunan.  

“Kerajaan sentiasa berusaha memastikan rakyat berada dalam kesejahteraan, membela nasib mereka dan menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan penuh tanggungjawab.

“Kita bukan Superman atau adiwira. Tetapi kita mesti belajar daripada kelemahan dan berusaha memindahkan kejayaan kepada seluruh rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai cabaran ekonomi global, beliau mengingatkan bahawa ketidaktentuan pasaran antarabangsa serta kenaikan kos sumber tenaga dan barang keperluan turut memberi kesan kepada peningkatan kos sara hidup. 

“Kerajaan berdiri teguh di belakang rakyat untuk mencari jalan penyelesaian terbaik demi menjamin kesejahteraan dan kestabilan ekonomi jangka panjang.,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, generasi akan datang tidak seharusnya mewarisi kemarahan dan isu-isu besar yang tidak diselesaikan, sebaliknya perlu diberikan asas yang kukuh untuk kesejahteraan bersama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×