Betamek perkukuh operasi, teroka pasaran baharu

Betamek perkukuh operasi, teroka pasaran baharu

KETUA Pegawai Kewangan Betamek Berhad, Nor' Azrin Nusi (kiri sekali), Pengerusi Betamek Berhad, Ahmad Subri Abdullah (dua dari kiri) serta Pengarah Urusan Betamek Berhad, Mirzan Mahathir dalam sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelima syarikat itu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Betamek Berhad menyasarkan untuk memperluas asas pelanggannya di luar pelanggan utama selain memperkukuh kecekapan operasi dan meningkatkan pelaburan dalam inovasi bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang syarikat.

Pengarah Eksekutif Betamek, Muhammad Fauzi Abd Ghani berkata, syarikat kekal memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan teras serta meneroka peluang baharu yang berpotensi meningkatkan pendapatan.

“Kami kekal fokus untuk memperkukuh keupayaan teras kami, meluaskan asas pelanggan kami dan mengejar peluang yang boleh meluaskan potensi pendapatan Betamek,” katanya dalam kenyataan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelima syarikat itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau, sokongan pemegang saham terhadap semua resolusi yang dibentangkan memberikan Lembaga Pengarah fleksibiliti untuk mengimbangi pulangan kepada pemegang saham, pengurusan modal secara berhemat dan keutamaan pertumbuhan jangka panjang.

Katanya, strategi berkenaan turut merangkumi pengembangan pasaran automotif dan bukan automotif terpilih, di samping meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh keupayaan syarikat dalam perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).

Dalam pada itu, pemegang saham meluluskan semua resolusi yang dibentangkan pada AGM berkenaan, termasuk pembayaran dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.

Dividen itu akan dibayar pada 12 Oktober 2026 kepada pemegang saham yang namanya tercatat dalam Rekod Pendeposit pada 1 Oktober 2026.

Pemegang saham turut meluluskan kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk membeli balik sehingga 10 peratus daripada jumlah saham terbitan syarikat, tertakluk kepada Akta Syarikat 2016 dan keperluan penyenaraian Bursa Malaysia.

Kelulusan tersebut memberi Betamek instrumen tambahan untuk mengurus modal syarikat berdasarkan keadaan pasaran dan kepentingan syarikat.

Betamek merupakan pengilang reka bentuk asal (ODM) dan penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) yang memberi tumpuan kepada sektor automotif dan perindustrian.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini