Iran-Oman setuju kongsi hasil diperoleh dari Selat Hormuz - Utusan Malaysia

Iran-Oman setuju kongsi hasil diperoleh dari Selat Hormuz

IRAN dan Oman setuju berkongsi hasil diperoleh dari Selat Hormuz. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Kor Pengawal Revolusi Iran pada Rabu berkata bahawa mereka telah mencapai persetujuan dengan Oman untuk berkongsi sebarang hasil yang diperoleh dari Selat Hormuz, sehari selepas diplomat tertinggi kedua-dua negara mengadakan pertemuan di Teheran.

“Dalam rundingan dengan Oman, beberapa persetujuan dicapai mengenai bahagian perairan selat yang diperuntukkan kepada setiap negara dan bahagian hasil yang akan diterima Iran serta Oman,” kata jurucakap Pengawal Revolusi, Hossein Mohebi.

Bagaimanapun, beliau menuduh Amerika Syarikat (AS) menghalang usaha untuk memuktamadkan perjanjian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha untuk menamatkan perang antara Iran dan AS secara kekal masih terhenti, dengan salah satu perkara utama menjadi pertikaian ialah tuntutan Teheran supaya kapal dikenakan bayaran untuk melalui Selat Hormuz,  tuntutan yang ditolak keras oleh Washington.

Iran dan Oman, kedua-duanya negara pesisir yang bersempadan dengan selat itu, telah berbincang selama beberapa minggu mengenai masa depan pelayaran melalui laluan tersebut 

Teheran berkata, koordinat geografi laluan yang dirancang oleh kedua-dua negara telah dipersetujui.

Bagaimanapun, pegawai Iran menegaskan bahawa selat itu tidak akan dibuka sepenuhnya sehingga AS memenuhi tuntutan Teheran.

Ia  termasuk menarik balik sekatan laut, menggugurkan sekatan terhadap minyak dan mencairkan aset Iran di luar negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini