Delap bakal tajamkan serangan Forest

Delap bakal tajamkan serangan Forest

Liam Delap dijangka menyertai Nottingham Forest dengan nilai perpindahan RM220.63 juta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liam Delap bakal menamatkan tempoh ‘mengecewakan’ bersama Chelsea apabila penyerang itu dijangka menyertai Nottingham Forest dengan nilai perpindahan RM220.63 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

Musim lalu, Delap gagal memenuhi harapan selepas menyertai Chelsea daripada Ipswich Town dengan harga RM165.47 juta, apabila hanya menjaringkan satu gol dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Perpindahan pemain England itu ke Forest bakal membolehkan Chelsea meraih keuntungan sekitar RM55.16 juta selepas hanya semusim mendapatkan khidmatnya.

Pengendali Forest, Oliver Glasner dilaporkan mahu memperkuatkan jentera serangan selepas pasukannya membuka kempen dengan kekalahan 0-1 kepada Leeds United di laman sendiri.

Forest gagal menghasilkan gol dalam perlawanan itu, dengan penyerang utama Igor Jesus dan pemain veteran Chris Wood tidak berjaya memanfaatkan peluang yang terhidang.

Situasi berkenaan semakin mendesak selepas Taiwo Awoniyi melengkapkan perpindahan RM49.64 juta ke kelab yang baru dinaikkan ke EPL, Coventry City.

Kehadiran Delap dijangka mampu menajamkan jentera serangan Forest, namun pemain itu tetap memerlukan sokongan daripada bahagian tengah untuk meraih umpanan-umpanan menarik.

Delap sebelum ini menyerlah ketika bersama Ipswich apabila menjaringkan 12 gol pada musim 2023/2024 ketika membantu kelab itu bersaing dalam EPL.

Bagaimanapun, prestasinya merosot selepas berpindah ke Stamford Bridge dan dia hanya mencatatkan satu gol sepanjang musim lalu ketika Chelsea tewas 1-2 kepada Fulham.

Menurut laporan media antarabangsa, Delap berpeluang melengkapkan perpindahan ke Forest seawal hujung minggu ini.

Dengan Delap hampir meninggalkan Stamford Bridge, Forest pula berharap penyerang itu mampu mengembalikan sentuhan jaringan yang pernah ditunjukkannya ketika bersama Ipswich. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN