Bapa Orked Farhan meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Orked Farhan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi Orked Farhan, Azizan Mohd Khir, 66, meninggal dunia di kediamannya di Sungai Petani, petang semalam.

Khabar duka itu disampaikan penyanyi berusia 42 tahun itu menerusia platform Thread.

“Dukacita dimaklumkan ayah saya, Azizan bin Hj. Mohd Khir (Pak Teh None) baru sahaja meninggal dunia di Sungai Petani petang tadi,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peserta Akademi Fantasia musim ke-4 itu dalam masa yang sama memohon masyarakat mendoakan agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah dan doakan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini