Contohi pendekatan dakwah Rasulullah – PM

Contohi pendekatan dakwah Rasulullah – PM

Anwar Ibrahim (tengah) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan (empat kiri) bergambar bersama para penerima Anugerah Maulidur Rasul pada Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Universiti Putra Malaysia (UPM), semalam. – utusan/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendekatan diambil Nabi Muhammad SAW serta para sahabat dalam berdakwah perlu dijadikan contoh terutama dalam usaha mendekatkan dan menyemai ajaran agama Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sam­butan Maulidur Rasul memerlukan penghayatan yang lebih bermakna dan mencontohi semangat Rasulullah dalam me­lakukan perubahan transformasi sosial serta reformasi.

Memetik karya Ibnu Batutah mengenai sang pengembara hebat, beliau berkata, masyarakat Islam mempunyai sikap toleransi, kebijaksanaan dan hikmah yang luar biasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, karya itu turut menegaskan bahawa sekiranya agama Islam dibawa dengan cara yang terlalu keras maka dibimbangi pengaruh agama itu tidak akan berkembang.

“Sebab itu, tokoh-tokoh besar dulu lebih berjaya dalam menarik orang kepada Islam. Bayangkan, dakwah kita dan pergerakan kita sekarang, orang lebih takut dan tidak tertarik dengan Islam.

“Beda dengan apa yang kita sebut tadi. Kita sebut Rasulullah SAW itu contoh terbaik, tapi dalam menghayatinya, tidak semestinya tuntas atau konsisten dengan mesej. Ini teguran kepada kita masing-masing. Bagaimana boleh kita perbaiki,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang semalam.

Anwar berkata, ada ketika terdapat kumpulan masyarakat yang bukan sahaja tidak mahu menerima Islam tetapi turut cemas dengan nadanya.

“Masalahnya bukan pada orang lain masalah juga pada kita. Kita biasa dan kita tahu tentang sanggahan dan pertentangan musuh-musuh dari awal, bukan baru.

“Seluruh sejarah imperialis­me dan kolonialisme, penjajahan. Dari penjajahan Inggeris di Malaysia, Belanda di Indonesia, Perancis di Afrika Utara, di seluruh dunia.

“Itu menampakkan apa? Sikap yang keras menolak akidah kita, akhlak kita, menjajah pemikiran dan jiwa kita,” katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, cadangan audit forensik ba­gi mengenal pasti dalang me­ngakibatkan Felda menanggung kerugian akan dibawa ke Mesyuarat Kabinet.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mene­gaskan audit itu perlu dibuat bagi mengenal pasti dalang me­ngakibatkan Felda menanggung kerugian hampir RM10 bilion.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini