Struktur siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak

Struktur siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching rosak

kuching
Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang petang ini. - Foto Bernama
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Sebahagian struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat serta angin kencang petang ini.

Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan terkawal manakala pasukan petugas lapangan terbang itu telah menjalankan pemeriksaan dan menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

“Keutamaan kami adalah memastikan kesejahteraan dan keselamatan penumpang, pengguna lapangan terbang serta petugas,” menurut Malaysia Airports dalam kenyataan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan itu, operasi di lapangan terbang berkenaan berjalan seperti biasa namun usaha sedang ditumpukan bagi memastikan penumpang dapat memasuki terminal dengan selamat dan lancar. — BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini