Beri peluang Iraola bina skuad mantap

Beri peluang Iraola bina skuad mantap

Andoni Iraola
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Liverpool, Virgil Van Dijk meminta penyokong kelab itu bersabar dan memberi peluang kepada Andoni Iraola membina pasukan lebih baik berbanding musim lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL), The Reds terpaksa bergantung kepada sepakan penalti Dominik Szoboszlai pada minit ke-99 untuk menyelamatkan keputusan seri 2-2 menentang Newcastle United.

Arne Slot sebelum ini membawa Liverpool menjulang kejuaraan liga ke-20 kelab itu pada musim sulungnya pada 2024/25, namun dipecat pada Mei lalu selepas pasukan itu menamatkan saingan musim lalu di tempat kelima.

Beberapa kelemahan sama masih kelihatan dalam aksi pertama Iraola di St James’ Park apabila pertahanan Liverpool kerap dieksploitasi menerusi serangan balas pantas Newcastle.

Bagaimanapun, The Reds dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mengelak kekalahan pada perlawanan pertama musim baharu.

“Adalah perkara biasa dalam apa jua pekerjaan apabila seseorang datang dengan rancangan dan idea baharu, ia memerlukan sedikit masa bersama pemain baharu.

“Tetapi terpulang kepada kami untuk melakukannya secepat mungkin kerana kami mahu memperbaiki diri, mahu menang dan menjadi lebih baik. Itulah yang akan kami cuba lakukan,” kata Van Dijk.

Iraola turut berdepan cabaran selepas Liverpool masih belum banyak membawa masuk pemain baharu dalam jendela perpindahan, terutama selepas kehilangan Mohamed Salah dan kecederaan jangka panjang Hugo Ekitike.

Liverpool setakat ini hanya menambah pemain sayap Sepanyol, Victor Munoz serta dua pertahanan, Jeremy Jacquet dan Ronald Araujo, bagi memperkuatkan pasukan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN