Mural pupuk semangat patriotik pelajar

Mural pupuk semangat patriotik pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seramai 21 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka menghasilkan mural bertemakan kemerdekaan sempena sambutan bulan kebangsaan.

Mural itu menampilkan elemen sejarah negara termasuk tulisan ‘Merdeka Malaysia’, ‘31 Ogos 1957’ dan imej ikonik tanah air.

Penghasilan mural berkenaan turut memberi peluang kepada pelajar kelas seni mengaplikasikan kemahiran mereka menerusi karya berskala besar, dengan kerjasama Pengasas Yew Gadget, Yew Boon Xiang atau lebih dikenali sebagai Boss Mario.

Pihak sekolah berharap lebih banyak kerjasama dengan sektor korporat dan komuniti dapat dilaksanakan bagi memberi pengalaman serta peluang pembangunan kepada pelajar.

“Program sebegini memberi ruang kepada pelajar memperoleh pengalaman di luar bilik darjah menerusi aktiviti seni, sukan dan penghasilan kandungan kreatif.

“Dalam masa sama, mereka dapat mengasah kemahiran praktikal serta memahami nilai tanggungjawab, disiplin, komunikasi dan sikap saling menghormati,” katanya. 

Sementara itu, Boon Xiang berkata, mural berkenaan turut menjadi medium menyampaikan nilai patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×