PRN Melaka: Keputusan kerjasama selepas DUN bubar

PRN Melaka: Keputusan kerjasama selepas DUN bubar

JOHARI Abdul Ghani (empat dari kanan) ketika Perarakan Sambutan Majlis Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kg Bharu, KL. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) hanya akan menentukan strategi parti itu menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perkembangan lanjut perlu diteliti sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Bila bubar DUN di Melaka? kita tunggu,” katanya selepas program Perarakan dan Majlis Penutup Maulidur Rasul di Masjid Jamek Kampung Baru hari ini.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan rundingan kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menghadapi PRN Melaka sudah dimulakan sejak 20 Ogos lepas.

Beliau berkata, rundingan berkenaan membabitkan wakil pimpinan pusat yang dilantik daripada kedua-dua parti bagi membincangkan bentuk kerjasama menghadapi PRN berkenaan.

Perkembangan itu bagaimanapun belum menggambarkan pendirian BN yang sehingga kini masih menunggu perkembangan berkaitan pembubaran DUN Melaka sebelum menentukan strategi pilihan raya.

Kedudukan BN dalam mempertahankan kerusi DUN di Melaka menjadi perhatian apabila parti itu mempunyai beberapa pilihan, termasuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH), mempertimbangkan rundingan dengan PN ataupun bergerak solo.

Pada PRN Melaka 2021, BN mencatat kemenangan besar apabila menguasai 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN