SPRM terima maklumat projek tanam semula sawit Felda Palong 7

SPRM terima maklumat projek tanam semula sawit Felda Palong 7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan telah menerima maklumat daripada Pengerusi Pertubuhan Badan Bertindak Generasi Palong berhubung persoalan dan kebimbangan berkaitan kualiti anak benih sawit serta pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit di Felda Palong 7.

Menurut SPRM, maklumat itu melibatkan program pembangunan yang dilaporkan memberi manfaat kepada kira-kira 450 orang peneroka.

Katanya, maklumat itu termasuk perkara berkaitan pembekalan, penghantaran, penyimpanan, umur serta pematuhan spesifikasi anak benih sawit yang dibekalkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“SPRM mengambil maklum dakwaan dan kebimbangan yang dibangkitkan serta akan meneliti maklumat berkenaan bagi menentukan sama ada terdapat sebarang elemen yang mempunyai kaitan dengan kesalahan di bawah bidang kuasa suruhanjaya ini.

“SPRM turut mengambil perhatian terhadap permohonan supaya aspek teknikal berkaitan kualiti dan pematuhan spesifikasi anak benih diperiksa oleh agensi teknikal yang berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan ditentukan berdasarkan hasil penelitian dan maklumat yang diperoleh,” katanya hari ini.

SPRM menegaskan bahawa penerimaan maklumat tidak bermaksud mana-mana pihak telah melakukan kesalahan.

“Perkara tersebut tidak wajar dianggap sebagai satu kesimpulan terhadap mana-mana individu atau pihak yang terlibat,” katanya.

Semalam, generasi baharu peneroka Felda Palong 7 menggesa SPRM menjalankan siasatan terhadap pelaksanaan program pembangunan dan tanam semula tanaman sawit yang dianggarkan bernilai antara RM70 juta hingga RM80 juta.

Wakilnya, Mohd. Syahrizal Md. Yusuf berkata, program berkenaan membabitkan pertukaran tanaman getah kepada sawit melibatan 450 peneroka dan mempunyai kepentingan besar terhadap sumber pendapatan mereka untuk tempoh panjang.

Mereka turut melahirkan kebimbangan akan berlakunya situasi pembangunan semula tanaman yang berlaku 17 tahun lalu hingga menjejaskan pendapatan peneroka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini