Denmark perketat peraturan terhadap pelarian Ukraine - Utusan Malaysia

Denmark perketat peraturan terhadap pelarian Ukraine

ORANG ramai menyertai demonstrasi sempena ulang tahun keempat pencerobohan besar-besaran Russia ke atas Ukraine di Copenhagen, Denmark.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Denmark merancang untuk menghentikan pemberian permit kediaman sementara kepada pelarian Ukraine dari wilayah yang paling kurang terjejas akibat konflik dengan Russia selepas beberapa perbandaran menghadapi tekanan  akibat peningkatan jumlah pemohon suaka.

Langkah itu dibuat ketika beberapa negara Eropah turut mengetatkan dasar terhadap pelarian konflik tersebut, termasuk mengurangkan bantuan dan mengetatkan perlindungan terhadap lelaki Ukraine dalam usia wajib memasuki ketenteraan.

Pada Jun, kerajaan Denmark mengemukakan rang undang-undang bagi menghalang lelaki Ukraine dalam usia wajib memasuki ketenteraan yang tidak mempunyai pengecua­lian rasmi daripada perkhidmatan tentera daripada mendapatkan suaka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam satu kenyata­an, Menteri Imigresen, Morten Bodskov mengumumkan akan menge­tatkan lagi peraturan terhadap mereka yang melarikan diri daripada pertempuran, walaupun negara itu melanjutkan Akta Khas Ukraine yang membolehkan golongan tersebut tinggal di Denmark sehingga Mac 2028.

Katanya, Denmark su­dah menerima 47,600 rakyat Ukraine yang kehilangan tempat tinggal sejak konflik antara Moscow dan Kyiv meningkat pada Februari 2022.

Beliau berkata, jumlah pelarian yang besar menyebabkan beberapa bandar dan pekan di Denmark berada di bawah tekanan teruk, terutama dalam usaha menyediakan tempat tinggal serta mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat.

“Bagi meringankan beban pihak berkuasa tempatan, kerajaan kini akan menyesuaikan ­peraturan supaya hanya rakyat Ukraine yang paling memerlukan perlindungan boleh diberikan permit,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini