Kompilasi gambar terbaik SUKMA 2026 - Utusan Malaysia

Kompilasi gambar terbaik SUKMA 2026

Muhammad Khaidir Idzham daripada Selangor melakukan lompatan ketika beraksi dalam acara BMX Park Lelaki Akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, di IDCC. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Memuatkan artikel berkaitan…
Muhammad Sayyid Amin, Venket Prabu A/L Kalithasan, Muhammad Farhan Mohd Isrulnizam dan Denishwar A/L Yanasegran dari pasukan Pulau Pinang berjaya meraih pingat emas dalam acara 4x400M Lelaki Akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium UPM, Serdang. -UTUSAN/AMIR KHALID
Pemenang pingat emas acara Terjun 10 Meter Platform Seirama Wanita, Nur Eilisha Rania dan Nur Farisya Alia daripada Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Akuatik Selangor, di sini hari ini. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Gerfan Nigel Frank daripada Sabah beraksi di peringkat akhir lompat galah lelaki seterusnya menjuarai acara tersebut dengan catatan 4.55 meter pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Kompleks Sukan UPM. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL
Penerjun Sarawak, Nur Eilisha Rania beraksi dalam acara akhir terjun platform wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Aquatik Selangor. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
PemanahTerengganu, Afya Najiha Mohd Shaari bersaing di penentuan pingat emas Memanah Recurve Perseorangan Wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di Stadium INSPEN. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL
g Penerjun Sarawak, Elvis Priestly Clement beraksi dalam acara akhir terjun platform lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Pusat Aquatik. -UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Perenang Selangor, Li Hen Goh beraksi dalam acara renang 400 meter rampaian individu lelaki akhir pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026, di Pusat Akuatik Selangor. -UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Nurul Nabila Natasya Wahab dari Pulau Pinang (atas) dijatuhkan pesilat dari Wilayah Persekutuan, Noor Wafadina Mohd. Rasidi sebelum tewas 3-21 pada peringkat akhir pencak silat kategori Puteri Kelas B 50-55kg pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 di UNITEN. -UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Shihomi Leong Li Xuan daripada Perak membalas pukulan beraksi pada perlawanan akhir tenis perseorangan wanita Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 di Kompleks Sukan Kelana Jaya. -UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN