Dua beradik selamat dalam kebakaran di Flat Kampung Melayu

Dua beradik selamat dalam kebakaran di Flat Kampung Melayu

KEADAAN rumah yang terbakar di Flat Kampung Melayu, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Dua beradik yang masing-masing berusia 18 dan 24 tahun nyaris terperangkap dalam satu kebakaran yang berlaku di rumah mereka di Flat Kampung Melayu di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.02 pagi itu, kedua-dua mangsa bagaimanapun dilaporkan selamat kerana berjaya keluar daripada rumah tersebut sebelum ketibaan pasukan bomba.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kira-kira 30 peratus daripada rumah itu terbakar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 1.24 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 2.19 pagi. Kes itu kemudian diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut termasuk bagi mengenal pasti punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian,” katanya di sini, hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini