Pendaki tinggalkan anak ketika mendaki gunung diberi teguran keras - Utusan Malaysia

Pendaki tinggalkan anak ketika mendaki gunung diberi teguran keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Seorang lelaki meninggalkan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun selama beberapa jam di Gunung Fuji, Jepun, ketika dia meneruskan pendakian, menyebabkan pihak berkuasa memberi teguran keras terhadapnya, menurut laporan polis dan media tempatan.

Kanak-kanak itu ditemuikan seorang diri di laluan pendakian pada Khamis sebelum dibawa ke bawah jagaan polis, kata seorang pegawai polis di wilayah Shizuoka kepada AFP pada Sabtu.

Kanak-kanak itu membe­ritahu bapanya bahawa dia sudah keletihan ketika berada di stesen keenam gunung berkenaan, yang terletak pada ketinggian lebih 2,000 meter, lapor stesen televisyen tempatan SBS.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut SBS, memandang­kan abangnya sudah berjalan lebih dahulu, bapa kanak-kanak berusia tujuh tahun itu menyuruhnya tunggu sebelum meneruskan pendakian bersama seorang lagi anak lelakinya.

Saluran televisyen TV Asahi melaporkan bahawa kanak-kanak itu diminta menunggu selama lapan jam dengan hanya berbekalkan makanan ringan dan minuman ringan, serta tanpa wang, menurut kakitangan sebuah pondok gunung yang memaklumkan kehadirannya kepada polis.

Pegawai kemudian meng­hubungi bapanya yang berada di stesen kelapan. Budak itu kemudian diserahkan kepa­danya.

Pegawai polis itu membe­ritahu AFP bahawa anggota polis memberi teguran keras kepada lelaki berkenaan kerana meninggalkan anaknya.

Bapa kanak-kanak itu dilaporkan memohon maaf ke­pada polis dan mengakui bahawa tindakannya adalah cuai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini