'Jawatan Pengerusi Mara bukan milik saya, bila-bila boleh dipecat'

Jawatan Pengerusi Mara bukan milik saya, bila-bila boleh dipecat – Asyraf Wajdi

ASYRAF Wajdi Dusuki mengambil sepakan penalti semasa hadir ke Program MARA Prihatin Jejak Aspirasi UPTM @ Pos Kemar di Gerik, Perak hari ini.-UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki tidak kisah jika khidmatnya sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak diperlukan, susulan desakan yang meminta beliau direhatkan.

Katanya, jawatan tersebut bukan eksklusif miliknya, tetapi adalah amanah yang diberikan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Jawatan ini bukan jawatan yang saya pilih atau pun saya mahu. Jawatan ini bukan milik saya. Pada bila-bila masa sahaja mereka boleh memecat saya. Bagi saya, selagi saya menjadi Pengerusi Mara, saya akan melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang terbaik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tetapi kalau khidmat saya tidak diperlukan pun tidak ada masalah bagi saya kerana ini bukan milik saya,” katanya ketika ditemui selepas Program MARA Prihatin Jejak Aspirasi UPTM @ Pos Kemar, di sini hari ini.

Pada minggu lalu, seorang perwakilan Kongres Nasional Keadilan 2026 menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan penggantian Asyraf Wajdi berikutan kaitannya ketika berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sepanjang tempoh Lembaga Tabung Haji (LTH) disiasat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Mengulas mengenai perkara sama, Asyraf Wajdi sekali lagi menjelaskan bahawa sebagai Timbalan Menteri dirinya tidak mempunyai sebarang kuasa dan tidak boleh mencampuri urusan pentadbiran, pengurusan, penetapan perjanjian mana-mana pihak dengan Tabung Haji.

“Harus diingat saya tidak terlibat langsung dan RCI pun tidak ada langsung nama saya kerana dalam Perlembagaan dan dalam Akta Tabung Haji, Timbalan Menteri tidak mempunyai sebarang kuasa,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini