Jangan letak nilai penyanyi macam hobi - Noraniza Idris tegur sikap penganjur baharu - Utusan Malaysia

Jangan letak nilai penyanyi macam hobi – Noraniza Idris tegur sikap penganjur baharu

KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2022 - Penyanyi, Nuraniza Idris ketika sidang akhbar di Royale Chulan, Kuala Lumpur di sini, hari ini. Foto - FAIZ ALIF AHMAD ZUBIR/PEMBERITA - ATHIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi etnik kreatif, Noraniza Idris, menegur sikap segelintir penganjur acara baharu yang didakwa kurang membuat persediaan sebelum mengundang artis menyertai program mereka.

Menerusi perkongsian di Threads, Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani mengingatkan penganjur supaya memastikan bajet tersedia sebelum membuat sebarang tawaran kepada penyanyi, tanpa mengira latar belakang atau alasan di sebalik penganjuran sesebuah acara.

“Sebelum anda layak nak bergelar penganjur, kajilah dulu cara untuk membuat acara, lebih-lebih lagi bila ada hajat nak melibatkan artis dalam projek anda. Bajet anda kena ada dulu dalam poket,” tulisnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah penyanyi Dikir Puteri itu, alasan penganjur seperti kesempitan kewangan atau keinginan menganjurkan program kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) tidak seharusnya menjadi sebab untuk mengetepikan nilai profesional seseorang artis.

“Orang luar tidak peduli kisah sedih anda sebagai penganjur. Walaupun mahu buat kerja amal sekalipun, sebelum meminat kaji dahulu ‘rate card’ artis.

“Jangan letak nilai penyanyi macam hobi anda yang suka bernyanyi ya,” tulisnya.

Teguran berkenaan ditulis Noraniza tanpa niat negatif sebaliknya sebagai peringatan kepada penganjur agar lebih profesional dalam merancang sesebuah program, terutama apabila ia membabitkan penglibatan penggiat seni.

“Saya ini bekerja dekat dengan komuniti. Jika membaca dari sudut negatif, maka akan datang rasa negatif. Jika positif, datang pun positif,” tulisnya dalam komen balas kepada seorang peminat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini