Pesawat langgar kenderaan, 1 maut - Utusan Malaysia

Pesawat langgar kenderaan, 1 maut

SEBUAH pesawat ringan melanggar sebuah kenderaan di barat Kanada. - CKPG/Global News
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Seorang maut di barat Kanada selepas sebuah pesawat ringan  melanggar sebuah kenderaan ketika melakukan pendaratan kecemasan di atas jalan raya, menurut polis.

Insiden itu berlaku pada petang Khamis di Prince George, British Columbia, lebih 700 kilometer  di utara Vancouver.

Gambar kejadian menunjukkan pesawat kecil itu berada di tepi jalan, terdampar di atas kawasan berumput berhampiran kawasan hutan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis dukacita mengesahkan bahawa terdapat seorang yang maut dalam insiden ini, iaitu penumpang salah sebuah kenderaan,” kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.

Belum dapat dipastikan sama ada terdapat mana-mana individu di dalam pesawat itu yang mengalami kecederaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini