Anwar tiba di Brunei untuk Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27

Anwar tiba di Brunei untuk Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27

ANWAR Ibrahim (tiga dari kanan) diiringi Johari Abdul Ghani (dua dari kanan) ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebelum berlepas ke Brunei Darussalam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja selama dua hari bagi menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 (ALC-27) antara Malaysia dan Brunei.

Pesawat khas yang membawa Anwar dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, pada 6.10 petang.

Ketibaan mereka disambut Menteri Luar Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut hadir ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Setiausaha Kementerian Luar Tan Sri Amran Mohamed Zin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Datuk Mohd Aini Atan.

Esok, Anwar dijadualkan menghadap Sultan Hassanal Bolkiah dan mengadakan pertemuan empat mata di Istana Nurul Iman, di sini.

Sultan Hassanal Bolkiah dan Anwar juga dijangka menyaksikan majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai kerjasama pengurusan bencana.

Pada tahun 2025, jumlah perdagangan Malaysia dan Brunei dicatatkan sebanyak RM5.86 bilion (USD1.37 bilion).

Jumlah eksport ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 2025 bernilai RM4.20 bilion (USD0.98 bilion), manakala jumlah import dari Brunei bernilai RM1.66 bilion (USD0.39 bilion).

Bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, jumlah perdagangan antara kedua-dua negara telah mencecah RM2.38 bilion (USD0.6 bilion). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini