Portugal haramkan pemakaian burka - Utusan Malaysia

Portugal haramkan pemakaian burka

SEORANG wanita memakai burka di Afghanistan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Portugal melarang pemakaian penutup muka penuh di kawasan awam menerusi perundangan baharu yang disifatkan kerajaan bertujuan untuk memelihara identiti manusia.

Presiden Portugal, Antonio Jose Seguro mengesahkan pelaksanaan undang-undang yang didorong oleh kelompok sayap kanan itu. 

Langkah berkenaan dilihat secara meluas menyasar wanita Muslim yang memakai purdah atau burka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Muka mesti dianggap sebagai elemen teras kepada identiti dan komunikasi manusia,” kata Seguro dalam satu kenyataan pada Selasa.

Teks akhir undang-undang yang digelar media tempatan sebagai undang-undang burka itu diluluskan oleh Parlimen pada Julai dengan sokongan pemerintah berhaluan kanan dan parti sayap kanan, manakala parti-parti berhaluan kiri menentangnya.

Pekeliling tersebut melarang pemakaian sebarang pakaian yang bertujuan menyembunyikan wajah atau menghalang pengenalan diri di tempat awam.

Ia juga melarang sebarang bentuk paksaan ke atas individu untuk menutup muka atas alasan jantina, agama, umur atau asal usul.

Individu yang melanggar undang-undang ini berdepan denda antara 150 euro (RM707) hingga 3,000 euro (RM14,516). 

Bagaimanapun, pengecualian diberikan atas alasan kesihatan, kerjaya, persembahan seni, cuaca, pemakaian di dalam rumah ibadat, pejabat diplomatik dan pesawat.

Aktivis hak asasi manusia sejak sekian lama menegaskan bahawa larangan seumpama ini secara tidak langsung menyekat hak wanita dengan mengehadkan kebebasan mereka berpakaian – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini