Enfiniti panggil jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket - Aqasha - Utusan Malaysia

Enfiniti panggil jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket – Aqasha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Aqasha, 43, menafikan yang beliau menyimpan sebarang maklumat berkaitan harga tiket pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang bermula 31 Oktober ini.

Menurut pemilik nama sebenar Firdee Akassya Rosli, justeru dia tidak berkemampuan untuk menjawab sebarang soalan berkaitan hal tersebut.

“Saya hargai kepada penggemar teater khususnya PGLM. Tapi, terus terang, Enfiniti panggil saya jadi Hang Tuah, bukan penjual tiket.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya memang tak tahu pasal proses penjualan tiket. Yang saya tahu hafal dialog sahaja,” katanya menerusi Threads.

Aqasha khuatir fokusnya terhadap pementasan itu terganggu apabila diasak dengan pelbagai soalan berkenaan tiket.

“Saya risau, tengah hafal dialog ini tiba-tiba senarai harga tiket pula yang keluar.

“Sebab itu saya fokus hafal dialog sahaja, tentang tiket memang saya tak tahu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini