Sekolah di enam daerah di Sarawak ditutup hari ini dan esok

Sekolah di enam daerah di Sarawak ditutup hari ini dan esok

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Semua sekolah seliaan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) di Kuching, Padawan, Serian, Bau, Lundu dan Samarahan ditutup berkuat kuasa serta-merta hari ini dan esok susulan jerebu yang menjejaskan kualiti udara di kawasan berkenaan.

JPNS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan proses pembelajaran murid.

“Keputusan itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga bagi melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid serta warga sekolah, khususnya daripada risiko pendedahan kepada udara tidak sihat,” menurut kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkembangan lanjut berhubung tempoh penutupan serta pembukaan semula sekolah akan dimaklumkan melalui saluran rasmi JPNS dan Pejabat Pendidikan Daerah yang terlibat. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN