Konvoi Amal santuni 11 anggota, warga PDRM Kontinjen Terengganu

Konvoi Amal santuni 11 anggota, warga PDRM Kontinjen Terengganu

PESERTA Program Konvoi Amal PDRM bersama Kelab Superbike Ipoh (KSI) sempena sambutan Ambang Hari Kebangsaan ke-69 di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Program Konvoi Amal Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbiker’s Club (ISBC) menyantuni 11 anggota dan warga PDRM Kontinjen Terengganu yang memerlukan bantuan menerusi sumbangan kebajikan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, sumbangan itu membabitkan anggota dan warga PDRM yang menghidap penyakit kronik serta penerima daripada rumah kebajikan di negeri ini dan Pertubuhan Kebajikan Keluarga Polis (Perkep).

Katanya, inisiatif berkenaan membuktikan keprihatinan komuniti permotoran bersama PDRM terhadap kebajikan warga pasukan yang memerlukan perhatian dan sokongan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Program ini bukan sekadar konvoi tetapi turut menjadi platform untuk kita menyantuni warga PDRM yang memerlukan.

“Seramai 11 penerima daripada Kontinjen Terengganu menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada mereka,” katanya  selepas melepaskan Program Amal Konvoi Bermotosikal PDRM dan ISBC sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-69 dan Hari Polis ke-219, di sini hari ini. Program itu turut dihadiri Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dan Pengerusi ISBC, Chia Poh Huat.

Mohd. Khairi berkata, penganjuran program berkenaan yang memasuki edisi keempat turut menghimpunkan kira-kira 200 peserta dari 12 kontinjen seluruh negara.

Katanya, konvoi yang melalui Kelantan, Terengganu dan Pahang sebelum berakhir di Kuala Lumpur itu turut bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme serta mengeratkan hubungan antara PDRM dengan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN