Belajar dahulu undang-undang, sebelum masuk ke Thailand-Polis Kelantan

Belajar dahulu undang-undang, sebelum masuk ke Thailand-Polis Kelantan

MOHD. Yusoff Mamat (kanan) menyampaikan sumbangan kepada bekas polis selepas merasmikan Aktiviti Riadah Bermotosikal dan Sumbangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Sambutan Hari Polis dan Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-69, di Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penunggang motosikal atau pemandu kenderaan dari Malaysia yang mahu memasuki Thailand dinasihatkan supaya memahami serta mematuhi undang-undang di negara berkenaan bagi mengelak ditahan atau dikenakan denda.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, hal ini kerana terdapat perbezaan peraturan antara undang-undang di Malaysia dengan Thailand berkaitan kenderaan, termasuk aspek pengubahsuaian motosikal.

“Sebab itulah…sebelum masuk ke tempat orang, belajar dulu undang-undang negara berkenaan macam mana kerana kadang-kadang tidak sama dengan tempat kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dari segi ubah suai motor, mungkin tempat kita rasa boleh ubah suai macam ini, tetapi di tempat dia kita tidak tahu macam mana, boleh atau tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aktiviti Riadah Bermotosikal dan Sumbangan Kebajikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bersama Ipoh Super Biker’s Club (ISBC) Sempena Sambutan Hari Polis dan Sambutan Ambang Kemerdekaan ke-69, di sini, hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, rakyat Thailand yang memasuki negara ini juga perlu patuh kepada undang-undang di Malaysia.

Utusan Malaysia, hari ini melaporkan, Polis trafik Hat Yai menafikan anggotanya bertindak ‘membuli’ sekumpulan 17 orang penunggang motosikal dari Malaysia yang ditahan untuk pemeriksaan.

Pegawai Bahagian Trafik Polis Hat Yai, Sarjan Mejar Weerasak Phansalaiman berkata, semasa sedang bertugas anggota terbabit telah mengesan sekumpulan penunggang motosikal dari Malaysia yang telah melanggar peraturan termasuk menggunakan lampu belakang berkelip-kelip serta bunyi ekzos yang kuat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN